Monday 10 February 2020

PROGRAM ZIARAH CAKNA SJKC KAMPONG MERBAU10.2.2020 (ISNIN)

 1. TAJUK PROGRAM

Program Ziarah Cakna 2020

2. PENGENALAN

Kementerian Pendidikan mengadakan program Ziarah Cakna di seluruh negara
bermula Januari 2020 ini bagi memperluas konsep sekolah penyayang dan
memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa, penjaga dan pelajar. Selain
pada itu program ini akan membuka ruang bagi guru untuk lebih mendalami tingkah
laku, merasai denyut kehidupan pelajar di rumah dan lain-lain keperluan atau bantuan
kepada mereka.

3. TUJUAN :

1. Melahirkan murid-murid dan individu yang mempunyai perkembangan mental dan
rohani yang seimbang.

2. Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru.
3. Berterima kasih kepada penjaga di atas pencapaian yang cemerlang daripada aspek

akademik, kokurikulum dan sahsiah.
4. Memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara

sekolah dengan ibu bapa / penjaga melalui amalan ziarah guru ke rumah murid.

4. RASIONAL

Program yang dianjurkan ini adalah merupakan aktiviti tahunan yang sewajarnya
diadakan pada setiap tahun. Selain daripada seruan daripada Kementerian Pendidikan,
program ini bertujuan merapatkan hubungan silaturahim di antara guru dan juga ibu
bapa. Secara tidak lansung, pihak sekolah dapat memberikan cadangan dan berkongsi
pendapat tentang masalah disiplin murid dan mencari jalan penyelesaian agar masalah
tidak terus berulang. Juga, bagi murid yang mempunyai masalah lainnya seperti
memerlukan bantuan makanan, sumbangan akan di buat sekiranya perlu.

5. KUMPULAN SASARAN

Murid-murid yang berpotensi mempunyai masalah tingkahlaku dan ponteng sekolah.


6. ATURCARA MAJLIS

07:30 pagi : Murid berkumpul di Dewan

08:00 pagi : Ketibaan tetamu

09:00 pagi : Ucapan alu-aluan 
                    Nyanyian lagu
                    - Negaraku
                    - Lagu Negeri
                    - Lagu sekolah

                   Ucapan Guru Besar

                   Ucapan Perasmian Program Ziarah Cakna 2020 oleh En. Abdul Rahim Othman (Penolong PPD - Pentaksiran 
                   & Peperiksaan)
                   
                   Jamuan

11:00 pagi : Ziarah Cakna bersama-sama perasmi


12:00 tengah hari : Bersurai






























No comments:

Post a Comment