Wednesday 27 December 2017

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Seperti kebanyakan kampung-kampung baru Cina yang terdapat di Semenanjung Malaysia, Kampung Merbau adalah juga hasil dari Ordinan Darurat yang dikuatkuasakan pada tahun 50an. Kebanyakan penduduk kampung ini adalah berasal dari Hulu Perak iaitu sekitar Daerah Grik, Lenggong, Chemor dan Hutan Melintang. Mereka telah dipindahkan ke sini pada tahun 50an dan sebelum ini Kampung Merbau adalah dipenuhi hutan rimba.

Pada masa itu, penduduk-penduduk telah sedar betapa mustahaknya pendidikan kanak-kanak dan pada tahun 1952, mereka telah menubuhkan sekolah ini yang bernama “ Yuk Ming”.   Antara beberapa orang pengasas yang awal ini adalah:-
1
Encik Wong Chong
2
Encik Wong Bing Nam
3
Encik Law Saw
4
Encik Tang Seng
5
Encik Leong Woo







Bangunan-bangunan sekolah ini adalah dibuat daripada papan.  Ia mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah pejabat, 2 buah bilik asrama dan sebuah dapur. Bangunan-bangunan ini telah lama dibina dan sangat buruk keadaannya. Bangunan ini pernah diperbaiki sekali pada tahun 1962.

Pada mula-mulanya nama sekolah ini ialah “ Yuk Ming “, kemudian namanya didaftarkan sebagai “ Kampung Merbau Public School “.  Pada tahun 1958, sekolah ini telah menerima bantuan penuh kerajaan dan namanya juga ditukar kepada “ Kampung Merbau Standarad-type Primary School “ dan akhirnya kepada SRJK (C) Kg. Merbau.

Pada tahun 1965, kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk mendirikan pagar sekolah.  Pada tahun 1977, kerajaan telah menukarkan atap zink sekolah ini.  Pada akhir tahun 1979, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah meluluskan peruntukan untuk membina tandas baru sekolah.

Pada 5/4/1981, sekolah ini telah diluluskan projek pembinaan semula di bawah “ Rancangan Malaysia Keempat “. Berita baik ini telah diumumkan oleh  YB Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu, Dato’ Chan San Sin. Bagaimanapun rancangan ini terpaksa ditangguhkan disebabkan kemelesetan ekonomi. Sebagai keperluan kecemasan, kerajaan telah membina 3 buah bilik darjah sementara di bawah rancangan Kilat pada tahun 1984. Ketiga-tiga buah bilik darjah ini telah siap dibina pada akhir tahun 1984 dan mulai digunakan pada awal tahun 1985.

Pada tahun 1990, Guru Besar Encik Ong Seok Leong mendapati bangunan lama sekolah ini tidak lagi sesuai untuk digunakan dan mengancam keselamatan murid-murid.  Beliau mendapat sokongan daripada pihak Lembaga Pengurus serta PIBG dan melalui bantuan YB Menteri Perusahaan Utama Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik SPMP DPCM, beliau telah berjaya mendapat kelulusan peruntukan RM900 ribu pada Oktober 1991.

Pada 23/11/1991, upacara memecah tanah telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri
Dr. Lim Keng Yaik.

Pada 1/12/1992 bangunan baru telah siap dibina dan digunakan oleh semua murid.

Pada 8/12/1992, upacara perasmian bangunan baru telah dilangsungkan oleh YB  Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik.

Pada tahun 1999, bilik Kemahiran Hidup di blok B telah siap dibina setelah mendapat  peruntukan JPN(RM30,000)

Pada tahun 2003, sekolah ini telah diluluskan projek pembinaan sebuah makmal komputer.

Atas usaha AJK Lembaga Pengurus Sekolah, dewan sekolah telah siap dibina. Pada 5/8/2006, satu Majlis Perasmian Dewan Sekolah telah diadakan di dewan yang baru dibina. Dengan pembinaan dewan sekolah ini, seluruh warga sekolah malah penduduk tempatan dapat menggunakan kemudahan ini.

Berikut tahun 2007, pra sekolah SJK C Kg.Merbau mula beroperasi dan bilangan maksimum  murid pra adalah 25 orang murid. Memandangkan kepentingan IT, kelas komputer anjuran PIBG mula dijalankan di sekolah ini di bawah pengurusan Syarikat Dynabook.

Pada tahun 2008, projek pembinaan Pondok Bacaan(RM9500) telah diluluskan. Pembinaan pondok bacaan ini bertujuan untuk menanam budaya membaca murid-murid sekolah luar bandar.

Pada tahun 2009, projek menyelenggara pintu pagar utama sekolah dan naik taraf bilik GB, bilik guru,koridor menyambung makmal komputer dengan dewan sekolah dan blok B telah dijalankan setelah dapat peruntukan wang sebanyak RM40,000.

Demi keselamatan murid-murid sekolah, PIBG telah memperuntukan sejumlah wang untuk pembinaan bumbung berteduh(Awning) di tepi pintu masuk kantin. Ini memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka semasa hari hujan dan memperbaiki keadaan lalulintas semasa hantar dan bawa balik anak-anak.

Pada tahun 2013 pula, pemasangan 2 buah penghawa dingin di Pusat Sumber bertujuan mewujudkan suasana yang kondusif kepada murid-murid sekolah. Pemasangan LED boarddan 2 buah papan kenyataan softboard di pondok bacaan juga dijalankan untuk memberi maklumat yang terkini kepada ibu bapa.

Pada tahun 2013 juga, PIBG telah memperuntukkan wang sebanyak RM16,000 untuk memperbaiki pagar sekolah yang rosak demi menjamin keselamatan warga sekolah.  Berikutan 2014, 2 unit penghawa dingin dipasang di pejabat serta 3 unit dipasang di bilik guru. 

Pada tahun 2015, sekolah telah diluluskan peruntukan RM89,000 menjalankan projek menukar bumbung lama Blok B dan menyelenggara pondok bacaan dengan plaster siling. Begitu juga dengan penukaran paip air kantin yang rosak dan karat yang dijalankan oleh PIBG. Atas cadangan JNJK, PIBG telah membina sebuah ruang makan di tepi pra sekolah untuk kemudahan murid semasa waktu rehat.

Pihak sekolah telah memohon kepada JKR Manjung untuk membuat pemeriksaan
keselamatan bangunan sekolah dan pendawaian elektrik sekolah pada bulan April 2015.  Hasil daripada dapatan JKR, mereka telah mengemukakan banyak cadangan.  Pihak sekolah buat masa ini masih menunggu kelulusan peruntukan daripada pihak PPD untuk penyelenggaraan tahun 2016.  

Pada 16 April 2016, Pn Seet Hong Suat telah bertukar ke sekolah lain. Pn Lau Kin Chen dari SJKC Hwa Lian 2, Pangkor telah bertukar ke sekolah ini.

Pada  03 Oktober 2017, sekolah telah mendapat peruntukkan khas sebanyak
RM 15,000.00 dari KPM untuk projek penambahbaikan dan penyenggaraan sekolah menggunakan peruntukan  tabung khas (PPKHAS) 2017 pembaikan pagar.  Projek ini siap pada 15 November 2017.  Pada tahun yang sama iaitu pada 26 November 2017, Majlis Derma Amal Sempena Pembelian Papan Pintar dan Tambah Tabung PIBG Sekolah diadakan.  Derma amal ini telah berjaya mendapat sebanyak
RM 566,888.00.  Majlis turut menjemput Timbalan Menteri Pendidikan II iaitu YB Senator Datuk Chong Sin Woon dan Encik Tiong Cheong Pei untuk merasmikan Malam Amal ini.

No comments:

Post a Comment