Monday 15 May 2017

LAPORAN PERAYAAN HARI GURU SJK(C) KAMPONG MERBAU TAHUN 2017

Pengenalan Hari Guru
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada hari bulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
宗旨/ Matlamat
Matlamat Hari Guru adalah untuk memberi penghargaan yang dirasakan sesuai dengan jasa dan pengorbanan seorang pendidik di atas tugas-tugas yang telah diamanahkan. Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan di masa akan datang kepada agama, bangsa, dan negara Malaysia.
目标/ Objektif Hari Guru
·       Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
·       Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
·       Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
·       Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
·       Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
·       Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Tema Perayaan Hari Guru
Guru Pembina Negara Bangsa
Tarikh
16 Mei 2017 (Selasa)
Masa
7.45a.m. hingga 9.45 a.m.
Sasaran
1.    Guru-guru
2.    Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6
Bilangan Peserta
115 orang
Tempat
Dewan SJK(C) Kampong Merbau
Hadirin
Seorang guru dan empat orang murid Nan Hwa High School


Logo Hari Guru

Putih 
Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak 
Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning
Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
Menunjukkan perpaduan muhibah.

Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan buku didapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajaran dan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku, ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

AJK Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017
Pengerusi                     :  Pn. Lau Kin Chen
Naib Pengerusi            :  Cik Yeat Ee Kiong & Pn. Koay Peck See  
Penyelaras                   :  En. Khaw Teik Guan
Setiausaha                   :  Pn. Ling Sook Sia
Pengacara                    :  Cik Yeap Siok Fang
PA Sistem                   :  En. Khaw Teik Guan
Disiplin                        :  Pn. Koay Peck See, Pn. Lee Hui Kuen & Pn. Nor Hayati
Video                          :  Pn. Foo Lih Mei
Juru Gambar                :  Pn. Ling Sook Sia
Penghiasan Pentas       :  Pn. Kong Pei Ling, Pn. Chiang Hui Sien & Pn.Yew Kim Lian
Baca Perutusan           :  Cik Yeat Ee Kiong & En. Lizam bin Yob @ Ali 
Penghiasan Dewan      :  Pn. Yong Mei Er (Ketua), Pn. Phang Kui Hwa, Pn. Tiong Mee Teak,
   Pn. Yong Siew Ting & En. Sia Kiong Guan
Mengemas Tempat      :  Pn.Yew Kim Lian & En. Munian
Hadiah                        :  Pn. Chiang Hui Sien & Pn. Koay Peck See

Atur Cara Perayaan Hari Guru
1.        Nyanyian Lagu Negaraku
2.        Nyanyian Lagu Negeri Perak
3.        Nyanyian Lagu Perak Excellent
4.        Nyanyian Lagu Sekolah
5.        Ucapan Guru Besar
6.        Membaca Perutusan Hari Guru Daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Oleh Cikgu Lizam
7.        Membaca Perutusan Hari Guru Daripada Menteri Pelajaran Malaysia Oleh Cik Yeat Ee Kiong (PK1)
8.        Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia Oleh Guru-Guru
9.        Nyanyian Lagu Terima Kasih Cikgu Oleh Murid-Murid
10.    Pemberian kek hari guru daripada Nan Hwa High School
11.    Penyampaian Hadiah Murid Kepada Guru
12.    Bersurai
13.    Aktiviti “Lucky Draw”- Semua Guru


No comments:

Post a Comment