Friday 10 April 2015

JAWATANKUASA PIBG SJK(C) KAMPONG MERBAU TAHUN 2015


JAWATANKUASA PIBG
SJK(C) KAMPONG MERBAU 
TAHUN 2015

PENGERUSI                   :       PN. SEET HONG SUAN

YANG DI PERTUA         :       EN. WONG SOON YEE

NAIB YANG DIPERTUA:       PN. KOR POO CHING

SETIAUSAHA                 :       CIK YEAT EE KIONG

BENDAHARI                  :       PN. CHOOI MOOI SIN

AJK  GURU                     :       PN. TIONG MEE TEAK
                                                PN. KONG PEI LING
                                                PN. CHIANG HUI SIEN
                                                PN. FOO LIH MEI
                                                CIK YEAP SIOK FANG

AJK  IBUBAPA               :       EN. LAI KOK WEI
                                                EN. MOK KONG HING
       PN. TEE MEI LAN
       PN. CHAI KIM MAY

JURUAUDIT GURU       :       PN LING SOOK SIA

JURUAUDIT IBU BAPA :      PN. LAW MEE ING

TAKWIN SEKOLAH



FOTO SEKOLAH




Tuesday 7 April 2015

CARTA ORGANISASI SJKC KG MERBAU



Sejarah Penubuhan SJK(C) Kampong Merbau



Sejarah Penubuhan SJK(C) Kampong Merbau

Pada tahun 1952, Encik Wong Zhong, Puan Liu Siew Hua, Encik Tang Seng, Encik Liang Woo dan lain-lain menyewa sebuah rumah atap telah menubuhkankan sebuah sekolah yang bernama SRJK(C) Yuk Min. Yuran sekolah dikenakan sebanyak RM 2.50. Bilangan murid-murid sekolah ini seramai tiga ratus dua puluh orang.
Sekolah ini menerima bantuan penuh daripada kerajaan dan bertukar nama sekolah kepada SJK(C) Kampong Merbau.
Pada tahun 1963, bilangan murid semakin banyak, ahli jawatankuasa PIBG SJK(C) Kampong Merbau mengumpul wang dermaan untuk membina enam buah kelas, sebuah bilik guru dan dua buah asrama. Selepas dua tahun, SJK(C) Kampong Merbau berjaya memohon permohonan daripada kerajaan untuk membina pagar di sekitar sekolah. Pada tahun 1970, bumbung sekolah bertukar menjadi zink setelah menerima tajaan kewangan daripada kerajaan.
Pada tahun 1963, sekolah ini memohon dua hektar tanah daripada Jabatan Kerja Raya untuk memperluaskan kawasan sekolah ini. Permohonan ini diterima pada tahun 1983, tetapi disebabkan kerajaan menghadapi masalah kewangan, permohanan ini telah dibekukan.
Pada tahun 1985, sekolah ini membina tiga buah kelas yang baru selepas sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983. Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
Pada tahun 1990, Encik Ong Sek Leong memegang jawatan Guru Besar SJK(C) Kampong Merbau sangat bimbang keselamatan guru-guru dan murid-murid kerana bangunan sekolah yang usang. Dengan bantuan dan usaha Y.B. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik,  ahli jawatankuasa PIBG dan orang ramai, jumlah kewangan untuk membina semula sekolah dari empat puluh enam juta ringgit bertambah menjadi sembilan puluh juta ringgit Malaysia. Projek membina semula sekolah bermula pada 23 November 1991 hingga 1 Disember 1992.
Sekolah yang baru dibina ini mempunyai tiga tingkat yang mempunyai enam bilik darjah, sebuah bilik guru, bilik pusat sumber, perpustakaan, bilik APD,  bilik pentadbiran, bilik air dan sebagainya.
Pada tahun 1993, dengan bantuan Y.B. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik dan orang ramai, pihak PIBG berjaya mengumpul wang dermaan sebanyak RM23700 untuk membeli beberapa buah komputer.
Pada tahun 1996 hingga tahun 1999, Y.B. Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik menderma wang sebanyak RM11000 untuk membeli dan menambah bilangan komputer.
Pada tahun 1995 hingga tahun 1998, Y.B. Dato' Seri Dr. Ting Chew Peh menderma wang sebanyak RM11000 untuk membeli dan menambah bilangan komputer.
Pada 23 Disember 1998, sekolah ini mendapat kelulusan membina bilik Kemahiran Hidup dari KPM dan penyerahan kunci kepada pihak sekolah pada 8 Disember 1999.
Pada tahun 2000, JPN menderma wang kepada sekolah ini untuk memperbaiki kemudahan makmal Sains.
Pada tahun 2002, pihak sekolah mendapat kelulusan pihak kerajaan untuk membina sebuah makmal komputer yang mempunyai kemudahan internet, LCD, 20 buah komputer yang baru dan penghawa dingin untuk kegunaan semua murid.