Sejarah
Penubuhan SJK(C) Kampong Merbau
Pada tahun
1952, Encik Wong Zhong, Puan Liu Siew Hua, Encik Tang Seng, Encik Liang Woo dan
lain-lain menyewa sebuah rumah atap telah menubuhkankan sebuah sekolah yang
bernama SRJK(C) Yuk Min. Yuran sekolah dikenakan sebanyak RM 2.50. Bilangan murid-murid sekolah ini seramai tiga ratus dua
puluh orang.
Sekolah
ini menerima bantuan penuh daripada kerajaan dan bertukar nama sekolah kepada
SJK(C) Kampong Merbau.
Pada
tahun 1963, bilangan murid semakin banyak, ahli jawatankuasa PIBG SJK(C)
Kampong Merbau mengumpul wang dermaan untuk membina enam buah kelas, sebuah
bilik guru dan dua buah asrama. Selepas dua tahun, SJK(C) Kampong Merbau
berjaya memohon permohonan daripada kerajaan untuk membina pagar di sekitar
sekolah. Pada tahun 1970, bumbung sekolah bertukar menjadi zink setelah
menerima tajaan kewangan daripada kerajaan.
Pada
tahun 1963, sekolah ini memohon dua hektar tanah daripada Jabatan Kerja Raya
untuk memperluaskan kawasan sekolah ini. Permohonan ini diterima pada tahun
1983, tetapi disebabkan kerajaan menghadapi masalah kewangan, permohanan ini
telah dibekukan.
Pada
tahun 1985, sekolah ini membina tiga buah kelas yang baru selepas sistem
pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
pada tahun 1983. Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula
kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada kemahiran membaca, menulis
dan mengira (3M).
Pada tahun 1990, Encik Ong Sek Leong memegang
jawatan Guru Besar SJK(C) Kampong
Merbau sangat bimbang keselamatan guru-guru dan murid-murid kerana bangunan
sekolah yang usang. Dengan bantuan dan
usaha Y.B. Dato' Seri Dr. Lim Keng
Yaik, ahli jawatankuasa PIBG dan
orang ramai, jumlah kewangan untuk membina semula sekolah dari empat puluh enam
juta ringgit bertambah menjadi sembilan puluh juta ringgit Malaysia. Projek membina
semula sekolah bermula pada 23 November 1991 hingga 1 Disember 1992.
Sekolah
yang baru dibina ini mempunyai tiga tingkat yang mempunyai enam bilik darjah,
sebuah bilik guru, bilik pusat sumber, perpustakaan, bilik APD, bilik pentadbiran, bilik air dan sebagainya.
Pada
tahun 1993, dengan bantuan Y.B.
Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik dan orang ramai, pihak PIBG berjaya
mengumpul wang dermaan sebanyak RM23700 untuk membeli beberapa buah komputer.
Pada
tahun 1996 hingga tahun 1999, Y.B.
Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik menderma wang sebanyak RM11000 untuk membeli dan
menambah bilangan komputer.
Pada
tahun 1995 hingga tahun 1998, Y.B.
Dato' Seri Dr. Ting Chew Peh menderma wang sebanyak RM11000 untuk membeli dan
menambah bilangan komputer.
Pada 23 Disember 1998, sekolah ini mendapat kelulusan membina bilik
Kemahiran Hidup dari KPM dan penyerahan kunci kepada pihak sekolah pada 8
Disember 1999.
Pada tahun 2000, JPN menderma wang kepada sekolah
ini untuk memperbaiki kemudahan makmal Sains.
Pada tahun 2002, pihak sekolah mendapat kelulusan
pihak kerajaan untuk membina sebuah makmal komputer yang mempunyai kemudahan
internet, LCD, 20 buah komputer yang baru dan penghawa dingin untuk kegunaan
semua murid.